Songlap Duit: Netizen Persoal Beg Mewah, Kos Kahwin,…



NAMPAKNYA, kemelut isu pertikaian wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak mangsa nahas Lebuhraya Duke tahun lalu menjadi semakin panas apabila netizen mula ‘campur tangan’.

Kini, ramai dilihat mula ‘serang’ laman Facebook Faiz Nurr meminta dipulangkan semula wang milik anak-anak yatim itu yang asalnya didermakan menerusi nombor akaun dan dikongsikannya melalui Facebook miliknya.

Malah ada netizen tampil mempersoalkan pendedahan satu gambar yang memaparkan beg tangan mewah berharga mencecah belasan ribu ringgit berjenama Celine Luggage yang digunakan oleh isterinya pula.

Menurut seorang pengguna Facebook, Normi Kahar Goodwin, beg tangan berjenama itu difahamkan berharga AS$3,550, iaitu dalam lingkungan RM14,000 ~ RM16,000 di pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beg tangan mewah itu original atau tidak.

Turut didedahkan, Faiz Nor dalam satu perbualan Facebook isterinya, seolah-olah berlagak kerana mampu buat persiapan kahwin dalam tempoh tiga minggu, berbanding pasangan lain yang memerlukan tempoh masa lebih lama.


Dikatakan majlis perkahwinan dirinya itu bertaraf seumpama ‘anak raja’ dengan pelbagai barangan mewah dan menelan kos perbelanjaan yang besar.

Malah, Faiz turut dikatakan membuka sebuah kafe pada penghujung tahun lepas di Batu Muda dekat ibu negara sehingga mencetuskan persoalan, daripada mana dia mampu dapat duit banyak untuk berniaga!

Isu timbul apabila seorang kakak kepada arwah, Yusnida Hussain mendakwa bahawa wang sumbangan didepositkan orang awam dalam akaun adiknya itu, tidak diagihkan sepenuhnya untuk tujuan perbelanjaan dan kebajikan anak-anak mangsa.

Bagaimanapun, Faiz dan isterinya mendakwa bahawa, berdasarkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, wang tersebut adalah milik dan hak mereka sepenuhnya kerana ia di depositkan ke dalam akaun mereka sendiri, bukannya atas akaun anak-anak tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu laman Facebook Faiz Nur, dia kini sudah memadam dan menyekat komen-komen pengguna Facebook yang meninggalkan komen menerusi laman sosialnya.

Apa-apa pun ini hanyalah pandangan netizen, boleh jadi pasangan ini mungkin benar-benar menggunakan wang simpanan sendiri untuk sakan membeli belah dan berbelanja mewah. – MYNEWSHUB.CC








No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA