SMS Palsu, Lelaki Dari Sibu Rugi RM22,000


SIBU: Seorang lelaki disini mengalami kerugian sebanyak RM22,000 selepas membuat satu transaksi kepada seorang individu tidak dikenali petang Khamis lalu.

Memetik laporan Utusan Borneo, lelaki berusia 22 tahun tersebut menerima satu pesanan ringkas (SMS) dari seorang individu mendakwa dirinya wakil dari sebuah agensi sebelum memaklumkan bahawa mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk mengemaskinikan data dan menaiktaraf dokumen.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah mengesahkan satu laporan polis berhubung kes tersebut diterima seperti dilaporkan akhbar tempatan berkenaan.

“Mangsa menerima SMS daripada nombor tidak dikenali memaklumkan bahawa mangsa mempunyai hutang kad kredit tertunggak dan tanpa usul periksa mangsa dikatakan bertindak terus melakukan pemindahan wang seperti yang dinyatakan di atas ke dalam akaun bank suspek namun suspek dikatakan terus hilang selepas transaksi pemindahan wang dari mangsa dilakukan.”katanya.

Nasib tidak menyebelahi mangsa dengan sekelip mata wang tersebut lesap begitu sahaja.

Oleh yang demikan orang ramai diseru supaya tidak mudah mempercayai mana-mana pesanan ringkas mahupun dari system pesanan ringkas(SMS), Whatapps,Wechat dan sebagainya dengan sewenang-wenanganya.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana disyaki menipu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA