SIMBC Mahu Lebih Ramai Pelumba Luar Negara


KUCHING: Seramai 300 pelumba luar termasuk Jepun, Singapura, Brunei, Thailand, Timor Leste, Philippiness, Kazahkstan dan Semenanjung Malaysia dipelawa untuk menyertai Siol International Mountain Bike Challenge (SIMBC) 2016 bermula 4 hingga 6 November bertempat di di Bukit Siol,

Ahli Dewan Bandar Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, pertandingan Siol Mountain Bike Challenge telah dianjurkan oleh DBKU sejak tahun 2003 dan dijadikan sebagai acara tahunan.

“Pada Julai 2015 lalu, DBKU memohon untuk dimasukkan dalam Kalendar Union Cyclist Internationale (UCI) pada Klasifikasi Kategori 3,” katanya pada sidang media Sarawak Energy Siol International Mountain Bike Challenge 2016 di sini semalam.

Tambahnya, permohonan itu telah diterima oleh UCI dan Cabaran Siol International Mountain Bike (SIMBC) telah dimasukkan dalam Kalendar UCI dalam sesuatu acara sejak akhir Disember 2015 sekali gus mencipta sejarah di Sarawak sebagai Perlumbaan Basikal Bukit Antarabangsa yang pertama.

Difahamkan, selain menjadi acara International MTB, SIMBC juga diberi penghormatan oleh UCI untuk menjadi tuan rumah Junior Xco Siri Dunia di mana ia dianjurkan di seluruh dunia iaitu di Eropah, Australia, Afrika, Amerika dan Asia.

Beliau turut menjelaskan bagi rantau Asia, SIMBC telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian acara bermula tahun ini.

Beliau berkata, bagi Asia Mountain Bike Siri 2016, SIMBC akan menjadi tuan rumah acara kemuncak di mana kejohanan keseluruhan akan diadakan.

“Selain itu, pertandingan kali ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM78,905 dan perlumbaan akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh UCI,” jelasnya.

Terdahulu, Pegawai perlumbaan akan diketuai oleh Beatrice A. Lejawa, UCI Antarabangsa Commissaire dan dibantu oleh Commissaire dari Malaysia, Jepun, Nepal, Timor Leste dan Singapura. – Sarawakiana





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA