Siapa Yang Malu Bercakap Isu Rasuah Sebenarnya?



Chong Chieng Jen pengerusi DAP Sarawak menerusi kenyataannya di laman facebook beliau telah mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan peruntukkan bajet untuk  Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Chong mendakwa berlaku pemotongan peruntukkan bajet sebanyak 14% daripada RM251.7 juta untuk SPRM telah menurun kepada 216.2 juta bagi tahun depan.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang senyap mengenai usaha untuk membincangkan soal rasuah dalam ucapan bajet beliau beberapa hari yang lepas.

Namun, pada hakikatnya, Najib sudah menerangkan perkara sebenar bahawa kerajaan perlu berhemah berbelanja dan mahu agensi tersebut meningkatkan prestasi.

Sudah jelas kenyataan Najib sebenarnya. Cuma Chong yang hanya mahu membangkitkan isu tersebut.

Menjadi persoalan, sebelum Chong membahaskan tindakan Najib malu membicarakan isu rasuah, mahukah Chong membincangkan isu rasuah yang berlaku dalam DAP?

Jadi di sini siapa yang malu membincangkan isu rasuah sebenarnya. Yang jelas dan nyata DAP sendiri sedang terpalit isu rasuah dan buktinya Guan Eng telah didakwa berkaitan rasuah. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA