Si 'Penyamar' Terlalu Handal


NEW YORK: Pemain muda ini digelar Mozart permainan catur.

Sewaktu sedang berjalan mengambil angin di sekitar New York, grandmaster Magnus Carlsen kelihatan seperti seorang mana mana pemain lain yang memberi fokus ketika di meja catur di Washington Square Park.

Pemain berusia 25 tahun dari Norway itu memiliki reputasi pemain catur terbaik dunia disertai oleh aktres Liv Tyler mencabar beberapa pemain dianggap ‘hustlers’ kawasan itu yang kebanyakan tidak mengenali dirinya.

Carlsen dan Liv sebelum ini pernah kelihatan tampil bersama beberapa kali.

Mereka dilihat pernah bertarung satu sama lain ketika berada di Village Chess Shop dalam rakaman video 2010 pada 6 Oktober.

Dalam tahun yang sama Carlsen muncul sebagai bintang bersama dalam iklan G-Star Raw dan berkongsi karpet merah bersama Tyler sewaktu Minggu Fesyen New York.

Carlsen bergelar grandmaster pada usia 13. Pada 19, dia sudah mendapat reputasi sebagai pemain terbaik dunia.

Pada 2014, dia membuat checkmate terhadap Bill Gates dengan hanya sembilan pergerakan (9 moves).

Di Washington Square Park, seorang pemain berkata dia cuba untuk memenangi pertarungan berdepan Carlsen tetapi ‘apabila saya melihat pergerakannya, saya sudah tahu saya akan tewas”.

Seorang pemain lagi turut ditanya oleh beberapa pengunjung sama ada dia mengenali siapa Carlsen.

'Saya masih ingat saya berkata: "Saya tahu saya berdepan seorang dengan seorang pemain bagus. Dalam 10 pergerakan saja, dia ‘checkmated’ saya," katanya.

Carlsen hanya berkata: Mereka semua tidaklah bermain teruk.

Pada masa sama, Liv, 39 hanya tersenyum ketika merakamkan aksi Carlsen beraksi di taman itu menerusi telefon bimbitnya.-DailyMail

2 comments:

  1. Minta jasa baik pihak tuan pautkan blog saya yang kerdil ini

    http://zulcomz.blogspot.my/

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tuan sudah dipautkan.. terima kasih

      Delete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA