Shafie Kini Presiden Parti Warisan Sabah


PUTRAJAYA: Permohonan Datuk Seri Shafie Apdal untuk menukar nama parti sedia ada yang diterajuinya kepada Parti Warisan Sabah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, sebelum itu parti berkenaan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada 2013.

Katanya, RoS secara prinsip juga meluluskan singkat parti itu sebagai Warisan, selain logi dan perlembagaan baharu seperti mana permohonan yang dikemukakan pada 22 September lalu.

"Sehingga kini parti ini mempunyai dua ahli parlimen, termasuk saya selaku presiden dan timbalan presiden yang juga Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking.

"Kita juga mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; Adun Likas yang juga bekas setiausaha DAP Sabah, Junz Wong dan Adun Moyog, Terrence Siambun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat RoS di sini pagi Isnin. - Mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA