Sembilan Suspek Kes Bunuh Sungai Arip Dibebaskan, Mahkamah Tolak Reman

KUCHING: Sembilan suspek yang ditahan untuk siasatan melibatkan kes bunuh di Sungai Arip, Mukah dibebaskan berikutan keputusan Mahkamah Majistret Miri hari ini menolak permohonan reman terhadap kesemua suspek tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata sembilan suspek terbabit merupakan mereka yang tampil menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri semalam.

Menurutnya, kesemua sembilan suspek terbabit amat diperlukan untuk mengetahui apa yang berlaku di tempat kejadian.

"Reman amat diperlukan pada masa ini agar pasukan penyiasat dapat membawa Sembilan suspek tersebut ke Mukah untuk disoal siasat selain mengetahui mengenai peranan mereka dalam kes bunuh itu.

"Bagaimanapun, Mahkamah menolak permohonan reman berkenaan serta membebaskan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, seramai 22 suspek ditahan iaitu 10 merupakan penduduk rumah panjang dan 12 lelaki dari miri untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dev turut menjelaskan, ini merupakan kali kedua Mahkamah Majistret Miri menolak permohonan reman terhadap kes yang berkempentingan umum, yang pertama adalah kes bunuh Bill Kayong.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA