Sembilan Berseluar Dalam Jalur Gemilang Mengaku Bersalah


SEPANG: Sembilan warga Australia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana melucutkan seluar bagi menunjukkan seluar dalam bertemakan Jalur Gemilang di perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia.

Kesemua lelaki terbabit, berusia antara 25 dan 29 tahun mengaku bersalah menyebabkan gangguan awam apabila mereka menanggalkan pakaian bagi meraikan kemenangan pelumba senegara, Daniel Ricciardo.

Sembilan warga Australia tersebut adalah Kack Walker, yang merupakan penasihat dasar kepada menteri pertahanan Australia, Timothy Yates, Tom Whitworth, Tom Laslett, Nick Kelly, Edward Leaney, Branden Stobbs, James Paver dan Adam Pasfield.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan menyebabkan gangguan awam, yang membawa denda tidak melebihi RM400.

Mereka diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.-Mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA