Seluar Dalam Jalur Gemilang Hanya Dijual Di Australia?


BIADAP… Tidak tahu apa tujuan, tiba-tiba muncul seluar dalam corak Jalur Gemilang dipakai warga Australia menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Sepang, Selangor.

Lebih mengejutkan, siasatan pihak polis mendapati seluar dalam berkenaan hanya dihasilkan di Australia dan dijual dengan harga agak mahal bagi sesebuah pakaian dalam yang sekadar berfungsi menutup kemaluan.

Difahamkan, seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang dipakai sembilan lelaki termasuk penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan Australia itu dijual dengan harga AUD$55 (RM174) sehelai.

Bukan sahaja bendera negara ini malah ada media melaporkan, kedai terletak di Australia itu turut menghasilkan seluar dalam corak bendera pelbagai negara lain dari serata dunia termasuk Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis.

Kelmarin, sembilan warga Australia ditahan reman empat hari selepas didapati berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

Persoalan yang timbul apakah kumpulan tersebut memang sengaja mahu menghina sebuah negara yang berdaulat kerana mereka secara kebetulan memakainya di Malaysia?

Bayangkanlah jika kumpulan lelaki asing itu kurang ajar memakai seluar dalam bendera Arab Saudi yang mengandungi dua kalimah syahadah untuk menutup batang zakar mereka.

Mereka ditahan pada 5 petang Ahad, selepas menanggalkan pakaian dan menayangkan seluar dalam kepada penonton kejuaraan F1 Petronas Grand Prix Malaysia, dipercayai konon untuk meraikan kemenangan pemandu senegara Daniel Ricciardo.

New Straits Times melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, (SIC) Datuk Razlan Razali menyifatkan perbuatan sembilan individu itu sebagai ‘bodoh’ dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Menurutnya, pihak pengurusan akan memastikan kejadian berkenaan tidak berulang lagi walaupun mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah kerana ribuan penonton hadir di litar menyaksikan perlawanan.-MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA