Sekolah Cemas, Kereta Guru Terbakar Tiba-tiba


SARATOK: Murid serta kakitangan sekolah SK Nyiar Roban mengalami detik-detik cemas apabila kereta milik seorang guru yang diletakkan di perkarangan sekolah berkenaan tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Menurut sumber Bomba dan Penyelamat, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.55 pagi.

“Sampai ditempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kerata Proton Waja milik seorang guru di sekolah terbabit, yang diletak berhampiran bangunan sekolah telah terbakar seratus peratus,” katanya

Pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran tersebut daripada merebak ke bangunan sekolah berdekatan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA