Sejauh mana ketelusan DAP Sarawak

Rasuah, rasuah, rasuah modal politik DAP Sarawak sejak sekian lama. Malah rasuah acapkali menjadi bahan untuk menghentam Barisan Nasional Sarawak. Namun bukti tidak diketengahkan dan ia hanya modal DAP untuk menyalahkan BN yang kononnya pengamal rasuah.

DAP memang mempunyai agenda untuk menawan Putrajaya dan lebih awal berkempen menyalahkkan BN dalam isu rasuah serta menampakkan diri DAP seolah bersih dari rasuah.

Persoalannya adakah Chong Chieng Jen pengerusi DAP Sarawak serta ahlinya masih lagi tidur ketika DAP sendiri sedang bergelumang dalam isu rasuah ?

Bagaimana dengan isu rasuah yang sedang berjalan di Pulau Pinang masih lagi membuta mata dan pekakkan telinga Chong ?

Bukan calang-calang orang yang diheret ke Mahkamah prihal pertuduhan rasuah diperingkat tertinggi kepimpinan DAP. Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP pusat sendiri sedang didakwa berkaitan rasuah.

Kenapa isu berkaitan kepimpinan DAP sendiri Chong tidak berani pertikaikan dan cuba bersihkan DAP daripada rasuah sebelum menyalah pihak BN ?

Ini terbukti Chong memiliki sikap 'double standard' dan sanggup memyembunyikan kesalahan dalaman parti demi terdesak untuk menawan Putra Jaya.

Malah wang kebolehperlaksaan sebanyak RM305 juta untuk projek trowong dasar laut Pulau Pinang Chong tidak pula berani dedahkan sedangkan sudah diluluskan pembayaran dan tiada tercatit dalam apa-apa kertas putih bagi mengesahkan audit sebenar.

Jelas sekali DAP Sarawak memang penakut kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Chong hanya menjadi senjata untuk menyebar kenyataan palsu kepada penduduk Sarawak berkenaan rasuah tetapi menutup cerita rasuah dalam DAP sendiri. Adakah sebegini ciri-ciri parti politik yang telus ?-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA