Sedap, Lelaki Makan Lintah Hidup


Ewww…jijik dan geli geleman. Tetapi bagi lelaki ini, dia menganggap lintah yang dimakannya hidup-hidup itu sebagai sedap.

“Wow, ia sangat sedap,’’ katanya yang makan tiga ekor lintah yang dicicah di dalam minyak di sebuah restoran yang dipercayai terletak di selatan China.

Aksi pelik itu dimuatnaik di media sosial dua hari lepas oleh netizen Lie Qi Xiao Dao Dan.

Video itu turut menunjukkan bagaimana lelaki itu mengalami kesukaran untuk mengambil lintah berkenaan dengan menggunakan chopsticks.

“Dua ekor lintah tak cukup, biar saya makan yang ketiga. Ia lebih besar.

“Kita biarkan ia bergerak dulu kalau tak orang ingat ia dah mati,’’ katanya sambil makan lintah terbabit.

Lelaki itu kemudiannya mengangkat ibu jari kanan sebagai tanda sedap dan bagus.

Selain lintah, restoran itu turut menyediakan hidangan lipas, kumbang air dan cengkerik.

Bagaimanapun kebanyakannya dimasak dan diproses terlebih dahulu sebelum dimakan.-mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA