Sebanyak 709 Sekolah Di Sarawak Punyai 1BestariNet


KUALA LUMPUR : Sebanyak 709 daripada 1,211 sekolah luar bandar di negeri Sarawak menerima perkhidmatan Internet 1BestariNet yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata pihaknya berhasrat untuk meningkatkan penetrasi Internet di sekolah-sekolah bagi kawasan luar bandar.

Beliau berkata kelewatan penetrasi Internet di kawasan pedalaman Sarawak adalah disebabkan proses berkenaan memerlukan persetujuan daripada pelbagai pihak sebelum ini dan kini persetujuan itu telah dicapai serta proses pelaksanaan sedang dijalankan secara berperingkat. Beliau menjawab soalan tambahan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) mengenai statistik penetrasi Internet di sekolah bagi kawasan luar bandar. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA