Sebab Keluar Dewan, Pembangkang Dakwa Bajet 2017 Tidak Realistik



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak telus.

Katanya, isi pembentangan yang dilihat tidak realistik memaksa beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain meninggalkan Dewan Rakyat.

"Siapa yang sandiwara? Bukan kami! (Sebaliknya) Kami mahu beliau jawab siapa itu Malaysia Official 1 (MO1). Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi hutangnya?

"Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan. Siapa MO1 (Malaysia Official1)? Itu mesti dijawab," katanya kepada pemberita di pekarangan dewan, di Parlimen, semalam

Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.

Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

- Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA