• 'Saya Bukan Orang Tengah Mana-Mana Parti' - Affendi Jeman

    Published: Wednesday, 5 October 2016
    A- A+

    KUCHING: Bekas Pengerusi Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) Affendi Jeman mendedahkan beliau bukan orang tengah atau suruhan mana-mana parti politik.

    Sebaliknya Affendi menjelaskan beliau merupakan presiden protem Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak yang tidak mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

    Beliau turut mempersoalkan mengenai kesukaran pendaftaran parti tersebut sedangkan pendaftaran parti lain dengan mudah diberi kelulusan terutama yang mesra Barisan Nasional (BN).

    “Saya bukan orang tengah ataupun suruhan mana-mana parti, saya presiden protem Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak,” katanya.

    Beliau turut kesal kerana parti berteraskan rakyat dilayan seperti tidak mempunyai hak dalam negara ini.

    Bulan lepas Affendi Jeman menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Saya Bukan Orang Tengah Mana-Mana Parti' - Affendi Jeman "