Sarawak Tumpuan Pelaburan Industri Berat


KUCHING : Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dilihat mampu menarik pelabur terutama industri berat kerana mempunyai infrastruktur lengkap dan sumber tenaga yang murah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia sekaligus bakal menjadikan Sarawak sebagai tapak industri biokimia, biofuel dan biomass.

"Pelaburan  dalam industri baharu seperti ini akan meningkatkan teknologi baharu dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Perkembangan ini akan mengembangkan ekonomi Sarawak dan mampu meletakkan Sarawak dalam ekonomi global sebagai pemain industri berat yang berpotensi besar," katanya ketika menyaksikan majlis menandatangi memorandum persefahaman antara GS Caltex Corporation dan Biomass Renewable Resorcess di sini sebentar tadi.

Menurut Uggah, Sarawak mempunyai geografi yang luas dan menyediakan pelbagai fasiliti yang lengkap untuk industri berat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA