Sarawak Mampu Jadi Hub Biomass Terbesar Malaysia



KUCHING : Fasiliti yang lengkap di Sarawak mampu menjadikan negeri ini sebagai Hub Bio Mass terbesar di Malaysia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata, di bawah perancangan Sarawak Bio industries Development Plan (SBIDP), Sarawak akan menjadi sebuah pusat pelaburan terbesar penggiat industri Bio Mass.

"Sarawak sebuah negeri yang besar dan boleh berkembang sebagai hub memproses sumber bahan Bio Mass terbesar.

"Lokasi Sarawak yang begitu stategik selain memiliki pelbagai sumber dan tenaga kerja akan menjadikan industri tersebut terus berkembang," katanya ketika beucap pada upacara menandatangani memorandum persefahaman diantara GS Caltex Corporation dan Biomass Renewable Resourcess di sini sebentar tadi.

Menurut Nancy, SBIDP menjangka potensi hasil daripada Biomass menjangkau RM4.8 bilion, peluang pekerjaan sebanyak 30,000 dan pelaburan sebanyak RM18 bilion ysekaligus menyumbang perkembangan ekonomi Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA