Sarat Hamil, Budak 12 Tahun Dihantar ‘Suami’ Ke Hospital



Seorang lelaki dari China ditahan pihak polis selepas menipu usia seorang gadis 12 tahun yang hamil, baru-baru ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu didakwa membawa gadis tersebut ke hospital untuk membuat pemeriksaan kehamilan dan mengatakan dia berusia 20 tahun dan merupakan isterinya.

Kunjungan ke hospital turut disertai seorang wanita dipercayai ibu kepada lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun selepas curiga dengan usia gadis tersebut berdasarkan tubuh fizikalnya, pasukan perubatan kemudian melaporkan hal itu kepada pihak polis.

Polis dikatakan tidak dapat memperoleh sebarang maklumat daripada gadis itu kerana dia tidak boleh berbahasa Mandarin.

Pihak berkuasa percaya gadis itu berasal dari Asia Tenggara namun perkara itu tidak dapat disahkan buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA