Sanggupkah Aziz Isa Jadi Pendamai ?



Cadangan Aziz Isa pada status Facebook beliau begitu menarik untuk di ulas. Jika diteliti memang bijak cara beliau memberi idea bernas untuk kekuatan parti pembangkang di Malaysia.

Idea parti pembangkang menggunakan satu logo parti politik jelas menampakkan bahawa Aziz mungkin dapat menyatukan parti pembangkang kepada satu gabungan yang menyatupadukan pembangkang.

Persoalannya logo apa yang akan digunakan ?

Adakah semua parti pembangkang akan bersetuju logo yang dicadangkan ?

Hakikatnya Aziz perlu sedar perang dingin antara parti-parti pembangkang selama ini yang menyebabkan pembangkang banyak kehilangan kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

Satu perkara sahaja yang Aziz perlu bersedia tempuhi. Adakah Aziz akan menjadi pendamai apabila parti-parti pembangkang bertelagah isu menggunakan satu logo nanti ?-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA