Samun Bersejata Ara Damansara, Suspek 17 Tahun Dicekup

PETALING JAYA: Polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang disyaki terbabit dalam samun bersenjata di Ara Damansara pada 5 Oktober lalu, di mana rakaman insiden itu tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek ditahan polis Serdang pada kira-kira pukul 10 pagi Isnin di sebuah apartmen di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini.

Dua klip video yang memaparkan dua wanita yang didakwa disamun tersebar di media sosial, dengan tarikh dan masa menunjukkan bahawa jenayah itu berlaku pada pukul 3.50 pagi Rabu.

Pada pukul 5.30 petang pada hari yang sama, pasukan peronda polis di Desa Ria mengesan kenderaan yang digunakan dalam rompakan itu.

Polis mengarahkan pemandu untuk berhenti tetapi suspek merempuh sebuah kereta didepannya, lalu melanggar kereta peronda, sebelum memecut laju.

Insiden kerja-mengejar berlaku sepanjang dua kilometer berakhir di Desa Mentari.

Kereta suspek cuba untuk melarikan menyebabkan polis melepaskan tembakan.

Lima tembakan dilepaskan mengenai beberapa kereta suspek.

Pemeriksaan awal mendapati kereta itu dilaporkan hilang oleh seorang pegawai Jabatan Kastam berusia 25 tahun dalam satu kes samun di Jalan SS4B /10 pada 23 September.

Sembilan paket yang mengandungi bahan dipercayai dadah jenis heroin, ditemui di dalam kereta.

Kes itu disiasat kerana samun berkumpulan bersenjata, cubaan membunuh dan memiliki dadah.-mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA