Samsung Galaxy Note 7 Yang Diganti Juga Terbakar


AMERIKA SYARIKAT: Walaupun telah ditukar baru oleh Samsung, sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 tetap terbakar dalam sebuah pesawat, Rabu lepas.

Pemiliknya, Brian Green mengesahkan beliau telah menukar telefon bimbitnya selepas Samsung menarik balik model Galaxy Note 7 ekoran masalah bateri dan kemungkinan terbakar atau meletup.

Menurut laporan CNN Money, kejadian berlaku selepas Brian memasukkan telefonnya ke dalam poket ketika menaiki pesawat penerbangan Southwest menuju ke Baltimore.

Brian kemudian mendengar letupan kecil dan asap keluar dari poketnya.

"Saya terus keluarkan peranti berkenaan dan membalingnya ke atas lantai kerana khuatir ia meletup di tangan saya," kata Brian kepada WAVE 3 News.

Penerbangan tersebut yang masih belum berlepas ketika kejadian terpaksa dibatalkan dan penumpang lain dipindahkan.

Sementara itu, Samsung 'tidak menyokong' kenyataan Brian bahawa telefonnya telah ditukar baru.

"Selagi kami tidak mendapat peranti yang dipersoalkan, kami tidak dapat memberi kepastian ianya melibatkan model baru Note 7," kata Samsung dalam sebuah kenyataan.

Samsung kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan syarikat penerbangan Southwest untuk mendapatkan peranti tersebut. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA