Sambutan BBK Peringkat Negeri Bermula Esok

Foto KLXpress
KUCHING: Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri akan kembali lagi bulan ini dengan pelbagai acara menarik.

Bermula 13 Oktober hingga 11 November, BBK akan diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) Cawangan Sarawak.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari berkata, BBK merupakan program utama Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam menyebar dan memartabatkan bahasa kebangsaan di negeri Sarawak.

“Pelbagai program akan diadakan dimana kita meletakkan perlaksanaan program BBK kepada empat kompenan utama iaitu majlis pelancaran yang berlangsung esok dan dsempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun  Openg,” katanya pada sidang media di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Menurutnya, Karnival Bahasa Jiwa Bangsa juga berlansung esok dengan acara seperti pameran pelbagai agensi kerajaan dan jualan buku, festival lagu puisi, senam seni, jejak cinta bahasa, pertandingan bermukun disamping pertandingan futsal jemputan untuk anak anak sekolah rendah, pertandingan mewarna dan bercerita untuk kanak kanak tadika serta pertandingan Sahibba untuk ibu bapa yang hadir.

Sementara itu bagi program Semarak Bahasa pula antara aktiviti yang akan diadakan adalah bengkel penulisan cerpen pasca PT3, program BBK di peringkat IPT, sayembara monodrama, pesta pantun antara jabatan kerajaan dan diskusi buku Bahtera Bahasaku.

Manakala acara kemuncak BBK adalah Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang akan diadakan pada 11 November juga bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak yang akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud..–Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA