Safee Rindu Bisa Lalu


KUALA LUMPUR: Mampukah Mohd Safee Sali membentuk semula gandingan yang digeruni bersama Norshahrul Idlan Talaha di rantau Asia Tenggara ini selepas penyerang itu secara mengejut berada dalam senarai terbaru skuad Harimau Malaysia.

Enam tahun sudah berlalu selepas gandingan itu menghadiahkan kejuaraan kepada Malaysia di Piala AFF 2010 dan kemungkinan formula sama bakal digunakan pengendali Datuk Ong Kim Swee dalam mengharungi kejohanan sama di Yangon, Myanmar bulan depan.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga mengecam keputusan memanggil semula Safee, 32, yang sudah hampir setahun tidak beraksi di pentas antarabangsa.

Situasi itu langsung tidak melemahkan pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) berkenaan yang tetap berharap untuk menyumbang sesuatu biarpun tidak berani memberi jaminan apa-apa.

“Memang agak terkejut apabila dipanggil semula tapi dalam masa yang sama saya juga bersedia untuk menyahut cabaran itu. Tak mungkin saya akan tolak kerana ia adalah tugas saya sebagai rakyat Malaysia.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA