Rumah Runtuh, Suami Isteri Hilang Tempat Tinggal



KUCHING: Suami isteri hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Samariang Batu, Samariang, runtuh malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Suhaimie Marikan, 40, sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum bahagian itu tiba-tiba runtuh.

Katanya, rumah berkenaan yang dibina di tepi Sungai Santubong dalam keadaan usang kerana kayu yang digunakan juga kebanyakkannya hampir reput.

"Saya sempat melarikan diri ke bahagian dapur untuk keluar melalui pintu belakang. Ketika kejadian hanya saya seorang diri kerana isteri berada di rumah rakan.

"Setakat ini kami menumpang di rumah abang ipar di kampung yang sama untuk sementara waktu kerana pendapatan sebagai nelayan menyukarkan baik pulih dijalankan dalam masa terdekat," katanya.- Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA