Rumah Hampir Runtuh Di Stampin, 11 Penghuni Selamat


KUCHING: Sebuah rumah di Skim Penempatan Stampin hampir runtuh akibat berlaku kemendapan tanah sekitar jam 7 pagi tadi.

Rumah setingkat dengan struktur kekal itu didiami 11 penghuni.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihak bomba membantu mengeluarkan barangan milik mangsa ke kawasan lebih selamat.

"Sewaktu kejadian, 11 penghuni yang menduduki rumah ini berjaya keluar tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Rumah terbabit didiami empat kanak-kanak lelaki, tiga perempuan dewasa dan empat lelaki dewasa.


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengunjungi mangsa dan kesemua mereka kini ditempatkan di Balai Raya Kampung Stampin.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA