Risikan Kenal Pasti Individu Bocor Maklumat Bagi Pencerobohan Di Perairan Sabah - TPM


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang membocorkan maklumat sehingga berlaku pencerobohan di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Menurutnya KDN sentiasa prihatin terhadap isu kedaulatan dan keselamatan negara, meskipun terdapat beberapa kekangan.

"Terdapat beberapa kekangan biarpun kita ada aset, anggota dan juga sistem maklumat tertentu. Tetapi sebagaimana yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katakan, ada kemungkinan berlaku kebocoran maklumat," katanya menjawab soalan tambahan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kulasegaran ingin tahu kenapa masih berlaku pencerobohan di perairan Sabah meskipun pelbagai langkah telah dilaksanakan.-BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA