Richard Riot Nafi Buat Kenyataan 40 Peratus Pekerja Asing Tiada Dokumen


KUALA LUMPUR : Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot hari ini menafikan membuat sebarang kenyataan di Dewan Rakyat bahawa "40 peratus daripada pekerja asing di Malaysia tidak memiliki dokumen yang sah".

"Anda boleh memetik saya mengenai perkara ini; Bagi setiap 10 pekerja yang mempunyai dokumen, terdapat tujuh pekerja yang tidak sah...itu sahaja...saya tidak pernah menyebut apa-apa angka lain kecuali angka itu.

"Saya berpegang kepada itu...ia seharusnya tercatat di dalam hansard (di Dewan Rakyat) dan anda boleh memeriksanya...sebahagian wartawan suka memutarbelitkan (kenyataan)," katanya kepada Bernama selepas perasmian 'Emerging Leaders Dialogues' Asia 2016 di Sekolah Antarabangsa Britain di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan yang diucapkan oleh Riot di Dewan Rakyat dua hari lepas.

Riot dipetik sebagai berkata, kira-kira 40 peratus daripada tenaga kerja asing di Malaysia tidak memiliki dokumen sah, menghalang usaha kerajaan untuk mengurangkan pergantungan ke atas pekerja asing menjelang 2020. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA