• Reman tahanan kes seleweng wang di Sabah dilanjutkan 5 hari

    Published: Tuesday, 11 October 2016
    A- A+
    KOTA KINABALU: Tempoh tahanan reman bagi 4 orang termasuk pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah dilanjutkan antara 5 dan 7 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan rasuah.

    Tahanan reman pengarah itu dilanjutkan 5 hari manakala bagi 3 yang lain, ia dilanjutkan selama 7 hari.

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan berkenaan.

    Keempat-empat orang itu ditahan reman selama 7 hari bermula 5 Oktober dan berakhir hari ini.

    Pada 4 Oktober, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah berkenaan dan merampas jutaan ringgit dalam siasatan kes penyelewengan itu.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Reman tahanan kes seleweng wang di Sabah dilanjutkan 5 hari "