Remaja Parah Ditembak Di Luar Sekolah


SALT LAKE CITY: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera parah selepas ditembak dua kali oleh seorang remaja lain pada petang Selasa apabila kedua-duanya bertengkar di luar sekolah di sini, kata pihak berkuasa.

Polis Sandy, Sarjan Dean Carriger berkata, polis menahan remaja 14 tahun dipercayai suspek yang melepaskan tembakan.

Carriger berkata, mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan dikatakan dalam keadaan kritikal.

Mangsa menjalani pembedahan pada petang Selasa.

Tiada sesiapa lain yang mengalami kecederaan tetapi berpuluh pelajar Sekolah Rendah Union di Sandy menjadi saksi insiden tembakan itu yang berlaku ketika pelajar baru beredar dari sekolah pada kira-kira jam 3 petang.

Detektif menemuramah pelajar bagi menentukan apa punca yang menyebabkan pertengkaran dan mengapa suspek menembak mangsa.

Detektif juga sedang menyiasat sama ada suspek mendapat senjata api itu pada waktu sekolah atau selepas tamat waktu sekolah. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA