Regata Saratok Kembali Lagi Selepas Kali Terakhir Diadakan 2014



KUCHING: Selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2014, Regata Saratok 2016 yang sebelum ini dikenali sebagai Pesta Air Krian kembali lagi dengan pelbagai acara menarik bermula 3 hingga 4 Disember di Tebingan Air Sungai Krian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, temasya yang terkandung dalam kalendar pelancongan Sarawak itu sentiasa dinaiktaraf sebagai meningkat prestijnya untuk menarik pengunjung.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran pembangunan dan perkhidmatan, gerai jualan, persembahan kesenian dan kebudayaan serta pertandingan sukan air.

“Regata kali ini menyaksikan pertandingan sukan air yang melibatkan lumba perahu untuk lima kategori iaitu Sakai 10 pengkayuh, Sakai 15 pengkayuh, Sakai 20 pengkayuh, Sakai 25 pengkayuh dan Sakai 30 pengkayuh.

"Kategori wanita pula dibahagikan kepada tiga kategori merangkumi Sakai 10 pengkayuh, Sakai 15 pengkayuh dan Sakai 20 pengkayuh," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Wahab, temasya kali ini turut menyaksikan perlumbaan 'pam ski' 6HP.

Beliau menyeru penyertaan daripada seluruh Sarawak untuk acara sukan air dan memeriahkan regata tersebut. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA