Rannee Pat Kembali Mengubat Rindu Peminat


KUCHING : Sejak sekian lama tidak mengeluarkan album, kini Rannee Pat muncul kembali dengan album baru bertajuk 'Gembar Kerigai' yang akan dilancarkan pada Disember tahun ini.

Menurut Rannee, Album baru diterbitkan oleh produser Chie Jhonny dibawah keluaran syarikat Kaban Music Production ( KMP) turut memuatkan 12 buah lagu.

"2 lagu bonus dalam bahasa Bidayuh Salako ( repo barenyah dan joget tandak repo-repo) oleh composer Bob Tukak dan Henry.

"Manakala lagu dalam bahasa iban seperti Gembar kerigai, puang, angkun, betanda, kediri, pengerindu keleman (ft Shaun 7th Tribes), resia ati, lenyau penyabar, aya manchal dan betemu Maya pemisi pula digubah oleh composer Chie Jhonny, Jesley Jabu Bajang dan Matthius Mambang," katanya kepada Sarawakiana.

Beliau yang anak jati Selako dan tidak terikat kepada mana-mana syarikat rakaman turut menjelaskan bahawa setakat ini rakaman dan shooting sudah selesai hanya tinggal proses editing .

"Saya akan menghasilkan album yang terbaik untuk peminat yang begitu setia menanti kemunculan saya semula.

"Harap peminat bersabar dan mengucap ribuan terima kasih kepada peminat kerana sentiasa menyokong saya serta berpesan agar peminat membeli CD asli yang akan dikeluarkan nanti," jelasnya.

Sepanjang penglibatan Rannee Pat dalam industri muzik beliau telah menghasilkan dua buah album sebelum ini dan pernah merangkul anugerah berprestij di arena muzik tempatan.

Antara anugerah yang pernah dirangkul ialah artis pop ethnic kreatif (lagu aus Pengerindu ketegal nuan) ANUGERAH MUZIK DAYAK 2012, Lagu Bidayuh terbaik (lagu Ambujangk Tarigas) ANUGERAH MUZIK DAYAK 2014 dan Finalist AJARR anjuran CATS FM 2012. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA