Rakyat Thailand berkabung setahun

Rakyat Thailand berkabung atas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang memerintah negara itu selama 70 tahun pada petang Khamis.

Orang ramai dalam keadaan penuh beremosi menyalakan lilin sehingga larut malam di Bangkok sebagai memperingati kemangkatan Raja yang paling lama memerintah negara itu pada usia 88 tahun.

Mayat baginda akan dibawa ke Tokong Emerald pada Jumaat.

Kerajaan Thailand dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama setahun atas kemangkatan.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dijangka menaiki takhta tetapi diminta untuk menangguhkanya sementara waktu sebelum mengambil alih peranan itu.

Bendera turut dikibarkan separuh tiang selama 30 hari dan kerajaan diminta membatalkan segala majlis keraian sepanjang tempoh 30 hari.

Dalam tradisi Thailand, pakaian perkabungan adalah berwarna gelap atau hitam.

Bhumibol sangat dimuliakan oleh rakyat negara itu kerana komitmen besar terhadap kebajikan termasuk krisis yang melanda selama ini.

Ahad lepas, pihak istana telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan baginda gering.

Kali terakhir baginda dilihat dikhalayak ramai pada 11 Januari lepas, selepas itu baginda dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di istana dan hospital kerana pelbagai jenis penyakit dialami baginda. - BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA