Rakyat Sarawak Tiada pilihan, kata Affendi Jeman

KUCHING: Berbeza dengan Sarawak, rakyat di Semenanjung sentiasa mempunyai pilihan untuk berpolitik, mereka mempunyai parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai parti alternatif kepada bangsa melayu dan Bumiputera sebagai pilihan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) Affendi Jeman berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp yang diedar kepada media semalam.

Menurutnya, rakyat Sarawak seperti dipaksa untuk tidak mempunyai pilihan, jika parti PPBM tidak berminat untuk bertapak di Sarawak, maka rakyat Sarawak berhak mempunyai parti alternatif.

“Mengapa kewujudan parti berteraskan melayu dan BUMIPUTRA Sarawak di halang.

“Saya mengesa Menteri Dalam Negeri untuk "walk his talk " akan Bertindak secara professional dalam urusan memberi kelulusan kepada permohonan pendaftaran parti politik khasnya permohonan parti Agenda Rakyat BUMIPUTRA Sarawak (ARBS) yang sudah bertahun tahun di gantung tanpa berita," katanya

Beliau yang mahu dikenali sebagai Presiden Protem ARBS mempersoal dimana keadilan pihak yang berkuasa dalam perkara itu, sehinggakan bangsa melayu Sarawak seolah tidak boleh berparti.

Bulan lalu, Affendi dilaporkan menyerah borang permohonan untuk menyertai parti PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir, gambar beliau menyerahkan borang berkenaan kepada Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tersebar di media sosial.

Bagaimana pun, beliau menafikan menjadi ‘orang tengah’ kepada mana-mana parti politik dari Semenanjung yang sedang berusaha untuk melebarkan sayapnya ke negeri ini. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA