Rakyat Sarawak Bebas Amal Agama Masing-Masing


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mahu perpaduan yang dijalinkan antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus dijalinkan.

Beliau berkata, walaupun mempunyai lebih daripada 30 kaum etnik, tiada masalah berlaku sejak dahulu lagi dan ia perlu dikekalkan.

Menurutnya, perpaduan yang dijalinkan rakyat Sarawak adalah sesuatu yang istimewa berbanding Semenanjung Malaysia yang hanya mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina.

"Di Sarawak ada pelbagai bangsa, tidak seperti Semenanjung Malaysia yang ada hanya tiga bangsa utama sahaja.

"Inilah keistimewaan yang terdapat di Sarawak," katanya pada Majlis Perasmian Lan Berambeh Anak Sarawak 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Malah menurutnya, dasar kerajaan negeri juga liberal terutama melibatkan kebebasan beragama kerana setiap bangsa boleh menggunakan perkataan Allah.

"Semua rakyat Sarawak bebas mengamalkan agama masing-masing," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA