Rakyat Menolak Bersih 5 Berlangsung Di Sarawak.

Sosial media seperti laman Facebook telah menjadi medium netizen untuk meluahkan apa yang mereka kehendaki. Rentetan daripada peristiwa perhimpunan BERSIH 5 di Sarawak, pelbagai status dan komen mereka jelaskan dan keseluruhannya menolak perhimpunan di negeri ini.

Berbagai pendapat dan pandangan jelas memberi gambaran bahawa perhimpunan tersebut tidak mendatangkan manfaat untuk rakyat sekaligus boleh menggugat keamanan negeri dan negara secara keseluruhan.

Malah ada pandangan berani menyatakan perhimpunan tersebut hanya untuk memperjuangkan agenda pembangkang. Juga isu Sarawak keluar dari Malaysia telah dibantah oleh netizen kerana mengetahui kesan daripada tindakan tersebut.

Hakikatnya secara keseluruhan netizen begitu cintakan keamanan dan perpaduan yang telah diamalkan sejak sekian lama. Menolak perhimpunan tersebut serta mengetahui implikasi daripada perhimpunan berkenaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, Naib Pengerusi Bersih 5 Ann Teo telah menghantar permohonan kepada DBKU untuk mendapat mendapat kebenaran menggunakan Padang Merdeka sebagai pusat perhimpunan BERSIH 5 di negeri ini dan dijangka 5000 oakan menyertai perhimpunan yang akan berlangsung pada 19 Oktober ini.

Justeru ternyata Sarawak mempunyai netizen yang matang dalam berfikir prihal seperti perhimpunan yang boleh menjurus kepada ekstrim akan ditolak serta tidak diterima di negeri ini.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA