Raiffa Boutique Bantu Usahawan Kecil


KUCHING : Perniagaan online pada era ini begitu mendapat sambutan dikalangan usahawan kecil yang baru mencebur diri dalam dunia perniagaan.

Disebalik itu, perniagaan online masih sukar meyakinkan pelanggan kerana tiada produk contoh untuk dilihat dengan mata sendiri.


Raiffal Boutique yang diusahakan oleh Khairul Azzuad Yunos 34, bersama rakan kongsi Puan Azlyn Abdul Rahman 35, telah menemui jawapan bagi menangani masalah perniaga online.

"Perniagaan kami merupakan vendor untuk peniaga online dan peniaga kecil di luar sana untuk mempamerkan produk-produk mereka.

"Kami menyediakan rak, rail, chiller, meja dan sebagainya bagi memudahkan vendor mengetengahkan produk masing-masing," katanya kepada Sarawakiana.


Menurut Khairul, mereka mengenakan kadar sewa yang murah lagi berpatutan kepada vendor yang menyewakan rak, meja, rail', chiller' dan sebagainya.

"Para usahawan tersebut tidak perlu mencari tapak perniagaan yang besar seperti sebuah kedai yang diketahui begitu mahal kadar sewanya.


"Konsep yang diketengahkan mampu membantu usahawan kecil dengan cuma menyewa slot bahagian-bahagian yang kecil sahaja serta menjimatkan kos perniagaan," ujarnya.

Menurut Khairul lagi, produk-produk seperti pakaian,tudung, kosmetik,minuman, makanan dan sebagainya boleh didapati dan setakat ini terdapat lebih dari 80 vendor yang telah bertapak di dalam Raiffa Boutique.


Pelanggan yang berminat dan peniaga kecil yang ingin turut serta boleh mengunjungi butik  Raiffa Boutique di Aras 1 Sublot 2, Survei lot 13686, PL 2 Jalan Semarak Kuching atau hubungi talian 012-8841955.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA