Putus Cinta, Lelaki Bunuh Diri Live Di FB


AKIBAT kecewa putus cinta seorang lelaki dari Turki, Erdogan Ceren nekad mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah dia membunuh diri sambil merakamkan tindakannya itu untuk dilihat oleh rakan-rakan alam maya di laman sosial Facebook.

Erdogan; 22, dalam video itu menjelaskan tindakan nekad yang diambilnya itu adalah kerana dia berasa tertekan kerana baharu sahaja putus cinta.

Dalam video itu, Erdorgan berkata, “Tiada siapa yang percaya saya akan bunuh diri sendiri, tengok ini.”

Senapang diacukan di bahagian dada sebelum Erdorgan menarik picu menamatkan riwayatnya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA