Punca Kematian Tiga Beranak Belum Diketahui


KUALA LUMPUR - Punca kematian seorang lelaki berusia 34 tahun dan dua anaknya di Nova Apartment di Segambut pada 26 September lepas masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, bedah siasat terhadap mayat mereka belum selesai dijalankan.

"Jabatan Kimia yang melakukan pemeriksaan toksikologi dan ini boleh mengambil masa lebih daripada lapan minggu,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kepolisan komuniti di pusat beli-belah Publika Solaris di sini, semalam. (Pemeriksaan toksikologi biasanya dilakukan ke atas orang yang disyaki meninggal dunia akibat keracunan.)

Mayat Cheah Soon Hing ditemukan isterinya di dalam bilik tidur utama pada 24 September tetapi dia hanya menghubungi polis mengenai perkara itu keesokannya.

Mayat anak perempuan mereka, Kai Sze, 3, dan bayi lelaki tujuh bulan, Cheah Kai Wen, dijumpai di dalam dua bilik oleh polis.

Pada 5 Oktober, wanita itu Kaw Mei Yen, 35, didakwa di mahkamah dengan pertuduhan mengabaikan anak. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA