PRU14 : Parlimen Sarikei Dahagakan Pembangunan

Kejayaan Barisan Nasional memenangi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Maradong dan Repok serta merampas kedua DUN berkenaan daripada DAP pada pilihanraya negeri yang lalu menandakan rakyat di Parlimen Sarikei memerlukan pembangunan yang lebih menyeluruh.

Sejak memenangi DUN yang lalu, wakil rakyat DUN Repok dan Meradong sudah bergerak menemui rakyat dan sebilangan besar masalah penduduk telah diselesaikan mengikut apa yag diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

Namun rakyat Parlimen Sarikei masih memerlukan pembangunan menyeluruh yang memerlukan peruntukkan daripada kerajaan pusat. Sudah sekian lama Parlimen Sarikei yang diwakili oleh Ahli Parlimen Andrew Wong Ling Biu sejak 2013 tidak mendapat perhatian seperti yang diharapkan sebelum ini.

Sarikei umpama sebuah kawasan yang mati daripada pembangunan sebenar sejak DAP menjadi wakil rakyat. Banyak pembangunan yang memerlukan peruntukkan pusat tidak dilaksanakan oleh Ahli Parlimen. Suara Ahli Parlimen tidak kedengaran di Dewan Rakyat. Malah Ahli Parlimen juga tidak pernah turun padang seperti apa yang dilakukan oleh ADUN DAP Maradong dan Repok pada masa lalu.

Apa yang perlu masa kini ialah, rakyat Sarikei mula bangkit menyuarakan tentang pembangunan yang sepatutnya Sarikei dapat daripada seorang yang bergelar Ahli Parlimen. Rakyat bukan sekadar melihat Ahli Parlimen duduk di kerusi empok di Dewan Rakyat, tetapi rakyat mahukan suara mereka di dengar di Dewan Rakyat.

Hakikatnya, rakyat sudah mahu sesuatu tindakan yang drastik perlu dilakukan agar Sarikei akan membangun seperti daerah lain yang sudah jauh membangun. Kali ini rakyat Sarikei akan memastikan wakil rakyat yang komited berusaha untuk rakyat akan menjadi pilihan pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti memandangkan Parlimen Sarikei memang dahagakan sebuah pembangunan.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA