PRS Umum Majlis Tertinggi


KUCHING : Selepas Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Parti Rakyat Sarawak (PRS) ke empat di Bintulu dua hari lepas, senarai penuh Majlis Tertinggi diumumkan hari ini.

Presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, surat tawaran tersebut telah dihantar kepada ahli majlis yamg dilantik dan mereka bersetuju untuk menggalas tugas tersebut.

"Antara yang dilantik ialah Datuk Joseph Salang yang menjawat jawatan Setiusaha Agung, Bendahari dijawat oleh Malcom Mussein Lamoh dan Ketua Publisiti pula ialah Datuk Wilfred Rata Nissom.

"Manakala Timbalan Setiusaha Agung dipegang oleh Janang Bungsu, Timbalan Bendahari ialah Edwin Banta dan Timbalan Ketua Publisiti pula dijawat oleh Christopher Gira," katanya kepada media di Ibupejabat PRS di sini petang tadi.

Menurut Masing, beliau akan mengumum empat lagi ahli majlis tertinggi dalam masa terdekat.

"Setakat ini hanya seorang wakil wanita dalam naib presiden PRS iaitu Dato' Sri Doris Sophia Brodie.

"Saya akan melihat sebab kenapa wanita kali ini kurang penglibatan dalam majlis tertinggi parti," ujarnya.

Masing turut berkata beliau akan mencari penyelesaian untuk memberi ruang kepada wanita untuk menjawat jawatan tertinggi dalam parti.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA