PRS Stabil Sebagai Parti Teras Dayak



BINTULU : Hari ini PRS boleh berbangga kerana kestabilan yang ada pada parti tersebut adalah kesan penyatuan Dayak secara keseluruhan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, semangat Dayak yang ada pada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang lalu terus kekal dalam PRS sehingga kini.

"Walaupun PBDS sudah tidak wujud tetapi Dayak tetap bersatu dalam PRS yang terus menyambung politik warisan Dayak hari ini.

"Kestabilan PRS terbukti apabila PRS memenangi 100 peratus kerusi pada pilihanraya negeri yang lalu," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PRS di sini sebentar tadi.

Adenan menjelaskan bahawa perjuangan PRS mengangkat Dayak dalam jawatan tertinggi kerajaan dan GLC terus memainkan peranan utama dan berjaya direalisasikan secara berperingkat.

"Buktinya terdapat ramai juga masyarakat Dayak berada dalam jawatan profesional dan sebagainya.

"Yang menarik ialah terdapat 1,000 Dayak telah bekerja dalam industri hiliran seperti Petronas diseluruh dunia dan ia bukan jumlah yang direka," tambahnya.

Kesan kesepakatan dan kestabilan PRS berjaya membawa Dayak ke tahap yang tinggi dan begitu memberangsangkan, kata Adenan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA