PPBM Tidak Diterima Di Sarawak


Cubaan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) untuk melebarkan sayapnya menyeberangi Laut China Selatan ternyata menemui kegagalan, bila rata-rata rakyat di negeri Sarawak meluahkan perasaan kurang senang dengan perkhabaran tentang kemungkinan parti itu akan bertapak di negeri ini.

Tindakan PPBM dianggap sebagai provokasi terhadap sentiment politik semasa rakyat Sarawak yang menolak sebarang pengaruh politik dari semenanjung bertapak di negeri ini.

Sepertimana rakyat Sarawak menolak kehadiran parti UMNO, begitu juga mereka menolak parti pembangkang yang diasaskan bekas pemimpin UMNO.

Rakyat Sarawak bukan tidak kenal siapa Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tun Mahathir, malah rakyat Sarawak sedar apa yang telah mereka lakukan semasa memerintah.

Beberapa komen netizen menyentuh hal itu, membayangkan betapa golongan muda juga tidak berminat terhadap mantan pemimpin yang mereka kenali pernah mengabaikan kebajikan rakyat Sarawak.

“Rakyat Sarawak sudah tidak mahu digula-gulakan dengan kisah kehebatan Menara Petronas, Litar F1, Highway dan Jambatan Pulau Pinang di Malaya.

“Sekarang rakyat mahu dengar dan lihat apa usaha pemimpin untuk rakyat negeri ini,” luah netizen.

Malah seorang lagi neizen tampil mempersoal apa yang telah di usahakan Mahathir untuk negeri Sarawak sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

“Benar Mahathir telah membina Putrajaya menggunakan duit rakyat Sarawak, sedangkan Sarawak terus diabaikan,” katanya.

Selain Sarawak, rakyat negeri Sabah turut menolak kehadiran parti pimpinan Tun Mahathir malah mereka lebih rela menubuhkan baru untuk memperjuangkan harapan rakyat negeri itu.

Jelas sekali, kehadian PPBM tidak dapat diterima rakyat di dua negeri ini. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA