Polis serbu rumah Datuk Bandar disyaki terbabit kegiatan haram


NORTH COTABATO, Filipina: Datuk Bandar Libungan, Christopher Manigger Cuan hari ini didakwa atas tuduhan memiliki senjata api tanpa lesen selepas ditahan dalam serbuan oleh Pasukan Tindakan Khas Antidadah (AIDSOTG), awal pagi tadi.

Pegawai kanan polis, Supritendan Maximo Sebastian yang mengetuai AIDSOTG, berkata Cuan yang juga dikenali sebagai 'Amping,' dikenakan waran tangkap mengikut seksyen 6, 11 dan 12 dan difailkan di Mahkamah Midsayap menerusi prosiding inkues.

Penahanan itu hasil serbuan yang bermula pada jam 2.22 pagi hari ini berikutan 20 waran geledah dikeluarkan oleh Hakim Betoya di Bandar Kidapawan.

Ia juga berikutan laporan mengenai dadah dan
senjata berbahaya tanpa lesen yang disimpan dalam sebuah gudang milik Cuan di Cabaruyan dan Poblacion.

Bagaimanapun dalam serbuan itu, pihak berkuasa tidak menemui dadah.

Cuan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis di Amas, utara Cotabato bersama dengan beberapa jenis senjata antaranya satu unit raifel, sepucuk pistol, senapang patah dan peluru yang dirampas dalam serbuan itu. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA