Polis Sarawak Tahan 84 Individu Terlibat Judi


KUCHING: Polis Sarawak menahan 84 individu berumur antara 17 dan 54 tahun dalam 42 serbuan di seluruh negeri sejak 3 hingga 10 Oktober dipercayai terlibat dalam aktiviti judi haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner(SAC) Dato Dev Kumar berkata, kesemua serbuan dilakukan berkaitan dengan loteri haram, judi atas talian dan berjudi di tempat awam.

“Sebanyak 64 lelaki dan selebihnya wanita ditahan kerana terlibat dalam mempromosikan loteri awam tanpa lesen dan judi atas talian manakala 10 daripadanya merupakan warganegara asing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dev berkata, serbuan itu dilakukan dibeberapa daerah antaranya Miri, Padawan, Kuching Limbang, Bau, Sibu, Bintulu, Serian, Sarikei, Sri Aman, Betong, Kapit, Marudi, Mukah dan Kota Samarahan sejak Isnin lepas berikutan arahan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor kepada semua ketua polis daerah untuk 'membersihkan' kawasan aktiviti perjudian di tempat masing-masing.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM15,801 dan pelbagai peralatan dan mesin perjudian - Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA