Polis Sarawak Tahan 27 Individu 'Kaki Judi'


KUCHING: Polis Sarawak berjaya menahan seramai 27 'kaki judi' dalam 22 serbuan membanteras kegiatan perjudian di seluruh negeri ini sejak 10 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Dato Dev Kumar berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun terdiri daripada 18 lelaki dan selebihnya wanita.

“Sebanyak 15 serbuan melibatkan kegiatan menjual loteri tanpa lesen dan seramai 18 individu yang ditahan terlibat aktif dalam mempromosikan kegiatan tersebut, dan pelbagai barangan juga telah dirampas termasuk pencetak mudah alih, telefon bimbit, kalkulator, lejar pertaruhan, slip dan wang tunai berjumlah RM5,075,” katanya.

Enam daripada serbuan dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis(IPK) Kontinjen Sarawak manakala JSJ Miri tiga serbuan, JSJ Kuching, JSJ Limbang dua serbuan, sementara JSJ Daerah Sibu, Bintulu, Kota Samarahan, Padawan, Lubok Antu, Betong, Kanowit, Dalat dan Meradong masing-masing satu serbuan.

Turut dirampas 51 buah tablet dan mesin ikan yang digunakan untuk perjudian atas talian dan wang tunai sebanyak RM6,579.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA