Polis Rampas Mesin Judi Di Betong


BETONG: Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Betong menahan seorang individu berserta sebuah mesin simulator perjudian dalam serbuan di Bandar Baharu malam kelmarin.

Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Betong DSP Fadhil Anthum Abdullah berkata seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan pihak JSJ yang membuat serbuan ke atas premis berkenaan untuk siasatan selanjutnya.

Serbuan tersebut yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) IPD Betong ASP Marcel Ireneus Mustari berjaya merampas sebuah mesin simulator perjudian serta menahan seorang individu dipercayai penjaga premis berkenaan.

Sementara itu, Marcel berkata premis berkenaan dipercayai mula beroperasi sejak sebulan lalu dan pada ketika serbuan dilakukan tiada pelanggan berada di premis berkenaan.- Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA