Polis Nafi Tahan Ratu Cantik Universe


SEPANG: Polis menafikan berita palsu yang melaporkan Ratu Cantik Universe 2016 dari Filipina, Pia Wurtzbach ditahan di Malaysia atas cubaan menyeludup dadah ke negara ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, laporan berkenaan yang tersebar di Internet adalah tidak benar.

"Beliau (Wurtzbach) tidak ditahan. Ia adalah laporan berita palsu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Satu artikel di sebuah portal berita yang dikongsi di media sosial, mendakwa ratu cantik dari Filipina itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cuba menyeludup dadah seberat 10 kilogram dalam dua beg kopi ke negara ini. - mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA