Polis Cekup Lelaki Jual 'Syabu' Di Lawas


LAWAS: Hasrat seorang lelaki mencari keuntungan dengan aktiviti menjual dadah memakan diri apabila kegiatannya berjaya dihidu polis Khamis lalu.

Akibatnya, suspek yang berusia 29 tahun dicekup polis selepas cuba menyorokkan dadah jenis syabu di badannya dalam satu pemeriksaan di belakang sebuah kedai di sini sekitar jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata anggotanya berjaya menemui satu peket plastik lutsinar dan 10 keratan straw berwarna merah jambu mengandungi hablur kristal disyaki dadah syabu.

“Dadah seberat 10.1 gram itu disimpan dalam beg galas berwarna hitam yang digalas suspek.

“Suspek bekerja sendiri turut positif amphethamine hasil saringan awal dilakukan ke atasnya,” katanya di sini kelmarin.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) ADB 1952 & sek 15(1)(a) ADB 1952.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA