Polis Cekup Lelaki Cetak Wang Palsu Di Bintulu


BINTULU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menghasilkan wang kertas palsu di kediamannya di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong pada jam 11.50 pagi di sini kelmarin.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit dalam akhbar Utusan Borneo, beliau berkata seorang lelaki berumur 29 tahun berkenaan diberkas bersama wang palsu serta peralatan yang digunakan untuk proses menghasilkan wang kertas terbabit.

“Dari maklumat yang diterima pihak polis merampas dua keping wang kertas RM100, tiga keping wang kertas RM50, satu unit pemproses pusat (CPU), monitor, papan kekunci, pencetak serta pengimbas jenama HP,” katanya.

Suspek kini ditahan pihak polis dan boleh didakwa di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA