Polis Bantuan Sebar Maklumat Palsu Ditahan Di Simunjan


SIMUNJAN: Seorang anggota polis bantuan ladang kelapa sawit di sini ditahan pihak polis petang tadi bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes penyebaran maklumat palsu berkenaan kes pergaduhan hingga menyebabkan kematian melibatkan warga Indonesia di Gedong Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pihaknya di kediamannya di Kampung Kanchong, Gedong pada jam 3.30 petang tadi.

"Tiada kematian seperti mana yang didakwa dalam status yang dimuatnaik di laman sosial Facebook miliknya.

"Difahamkan hanya seorang mangsa dilaporkan cedera telah disoal siasat pihak polis manakala tangkapan ke atas suspek telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Dev turut menegaskan supaya orang ramai khususnya kepada pengguna laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita mahupun maklumat palsu di laman sosial yang mungkin menimbulkan kerisauan terhadap orang lain.

Kes akan disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibawah Seksyen 233 (1) (a).-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA